Hari pertama sekolah memang sinonim dengan air mata, muka blur dan ibu bapa yang berat hati melepaskan anak bakal memulakan persekolahan.
Tapi suasana di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara (1) kali ini agak berbeza apabila ‘drama pagi’ bertukar jadi senyuman dengan kehadiran Gardenia Squiggles yang menceriakan hari pertama sesi persekolahan 2026.
Bagi mencipta kenangan manis dan memeriahkan lagi hari pertama persekolahan, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. menerusi jenama Gardenia Squiggles telah mengedarkan lebih 1,300 pek snek enak kepada murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah tersebut.
Nak Kurangkan Debaran Hari Pertama Sekolah

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kembali ke Sekolah Bersama Gardenia Squiggles 2026 yang bertujuan menceriakan suasana hari pertama sekolah, khususnya buat murid Tahun 1.

Secara tidak langsung, inisiatif ini membantu mengurangkan rasa gementar murid serta menyuntik semangat positif untuk memulakan tahun persekolahan yang baharu.
“Suasana hari pertama sekolah selalunya penuh debaran, bukan sahaja bagi murid tetapi juga ibu bapa. Kami di Gardenia ingin menjadi sebahagian daripada detik istimewa ini dengan membawa keriangan dan sentuhan kasih sayang melalui snek Squiggles yang lazat untuk kanak-kanak.
Squiggles bukan sekadar snek, tetapi roti roll yang membangkitkan nostalgia dalam setiap gigitan. Dengan dua perisa kegemaran ramai, iaitu Funky Strawberry dan Choco Malto, Squiggles terus membawa keceriaan kepada semua tanpa mengira usia,” kata Puan Ena Suhaila Abas, Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.
“Inisiatif ini adalah cara kami menghargai komuniti sekolah termasuk para guru, ibu bapa dan murid yang sentiasa bersama Gardenia dalam usaha membina generasi yang ceria, aktif dan bertenaga,” tambah beliau lagi.
Dari Pagar Sekolah Sampai Perhimpunan Pagi

Program yang berlangsung seawal 6.30 hingga 10.00 pagi itu disambut meriah oleh seluruh warga sekolah. Kehadiran pasukan Gardenia di pintu masuk sekolah berjaya menceriakan suasana apabila Gardenia Squiggles diedarkan kepada murid yang tiba di pekarangan sekolah.

Lebih istimewa, 10 orang murid dan guru terawal yang hadir ke sekolah turut menerima hadiah khas sebagai tanda penghargaan dan motivasi untuk terus berdisiplin serta bersemangat memulakan hari persekolahan.
Program pagi tadi turut diserikan dengan sesi interaksi ringkas bersama murid menerusi aktiviti kuiz semasa perhimpunan.
Aktiviti ini bukan sahaja mencetuskan keterujaan dalam kalangan murid, malah secara santai mendidik mereka tentang pilihan snek yang menyeronokkan dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.


Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila murid-murid tampil yakin untuk menjawab soalan dan memenangi hadiah.


Gardenia berhasrat untuk meneruskan dan memperluaskan inisiatif seumpama ini ke sekolah-sekolah lain pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam menyokong pembelajaran positif serta menyemai motivasi dan kecemerlangan dalam kalangan murid-murid sekolah.
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.




