London: Mikel Arteta menggesa Arsenal mengambil iktibar daripada kepahitan tersingkir di separuh akhir Piala Liga musim lalu ketika mereka bersiap sedia berdepan Chelsea dalam misi mara ke Wembley.
Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tewas 0-4 secara agregat kepada Newcastle United dalam dua perlawanan separuh akhir musim 2024/25, sekali gus menyaksikan Arsenal menamatkan musim kelima berturut-turut tanpa memenangi trofi utama.
Skuad kendalian Arteta akan bertandang ke gelanggang seteru London, Chelsea, bagi aksi separuh akhir pertama pada Khamis ini, dengan juara bertahan, Newcastle menentang Manchester City dalam satu lagi pertembungan separuh akhir.
“Kami sekali lagi menunjukkan konsistensi dalam kejohanan ini, dan kini kami perlu menyingkirkan satu lagi pasukan besar untuk mara ke final,” kata Arteta pada sidang media pra-perlawanan.
“Itu misinya. Diharapkan kami belajar daripada tahun lalu kerana ia sangat menyakitkan, terutama cara perlawanan itu berlangsung dan jumlah peluang yang kami cipta tetapi gagal dimanfaatkan untuk mara. Harapnya tahun ini kami lebih baik dan lebih berkesan,” katanya lagi.
City pernah memenangi beberapa kejuaraan Piala Liga ketika Arteta berkhidmat sebagai penolong jurulatih kepada Pep Guardiola di Stadium Etihad, menggunakan kejohanan itu sebagai landasan untuk meraih trofi yang lebih besar.
Arteta ditanya sama ada memenangi trofi pertama Arsenal sejak Piala FA 2020 mampu mengurangkan tekanan ke atasnya untuk baki musim ini.
“Apabila anda sampai ke tahap ini, mara ke final dan berjaya melintasi garisan penamat sebagai juara, ia membawa tenaga, keyakinan dan rasa bahawa semua orang penting serta memainkan peranan.
“Saya rasa apabila anda sampai ke sana dan menang, semua orang akan mengingatinya, dan jika tidak, tiada siapa akan ingat. Jadi apabila sudah sampai ke tahap itu, selesaikan tugas,” katanya.
Arteta bakal menguji kebijaksanaan taktikalnya menentang pengurus baharu Chelsea, Liam Rosenior, yang pernah ditemuinya di atas padang pada final Piala FA 2014, ketika beliau mengetuai Arsenal sebagai kapten menewaskan Hull City.
“Saya ada melihat beberapa gambar perlawanan itu. Itulah keindahan bola sepak, dua kerjaya yang sangat berbeza, namun akhirnya berdepan satu sama lain,” katanya.
London: Mikel Arteta has urged Arsenal to learn from the pain of last season’s League Cup semi-final exit as they prepare to face Chelsea on the road to Wembley.
The Premier League leaders lost 4-0 on aggregate against Newcastle over two legs in the last four in 2024/25 as they ended a fifth straight season without major silverware.
Arteta’s side travel to London rivals Chelsea in the semi-final first leg on Wednesday, with holders Newcastle taking on Manchester City in the other last four clash.
“We’ve been really consistent again in the competition, and now we have to knock another big team out to be in the final,” Arteta told his pre-match press conference on Tuesday.
“That’s the mission. Hopefully we learn from last year because it was painful, especially the manner that the games went and the amount of chances that we made not to go through, but hopefully this year we are better and especially more efficient.”
City won multiple League Cups during Arteta’s stint as an assistant to Pep Guardiola at the Etihad Stadium, using it as a springboard for bigger trophies.
Arteta was asked whether winning Arsenal’s first silverware since the 2020 FA Cup would ease the pressure on him for the rest of the season.
“When you get to this stage in the competition, you get to the final and you get over the line and win it, it brings energy, it brings belief and the sense that everybody is very important and playing a part of that,” he said.
“I think it’s something when you get there and win it, everybody remembers and if not, nobody does. So once you get there, get the job done.”
Arteta will pit his wits against new Chelsea boss Liam Rosenior, whom he faced on the pitch in the 2014 FA Cup final, when he captained Arsenal to victory against Hull.
“I’ve seen a few pictures of that, so, that’s the beauty of football, two very different careers, but at the end, facing each other,” he said.
jw/smg/ea
© New Straits Times Press (M) Bhd




