Doa Ikhlas Bertukar Kontroversi, Aishah Azman Dituduh Mahu Ambil Hati Kamal Adli

Doa Ikhlas Bertukar Kontroversi, Aishah Azman Dituduh Mahu Ambil Hati Kamal Adli

Pelakon, Aishah Azman tidak menyangka niatnya menzahirkan simpati terhadap rakan seindustri, Kamal Adli, berakhir dengan kecaman segelintir netizen susulan pengesahan perceraian aktor itu dengan bekas isteri, Uqasha Senrose.

Menerusi satu hantaran di Threads, Aishah secara terbuka mendoakan agar Kamal, 38, terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam mendepani ujian hidup berkenaan.

“Moga yang baik-baik untuk Kamal Adli. Stay strong Budin. Yang ikhlas, Dr Afifah,” tulisnya, merujuk kepada watak yang dibawakan dalam drama bersiri Dia Imamku.

Namun, perkongsian tersebut mengundang reaksi kurang senang apabila ada pihak mendakwa Aishah seolah-olah mempunyai niat lain dan cuba mengambil kesempatan terhadap situasi yang berlaku.

Tidak berdiam diri, Aishah atau nama penuhnya Nor Aishah Afika Azman tampil mempertahankan diri dengan menegaskan hantaran itu dibuat atas dasar keikhlasan sebagai rakan seindustri, bukannya seperti yang disangka.

“Ramai juga yang ‘bitter’ dengan doa saya. Busuk hati, mendoakan pun jadi salah ke? Tiba-tiba timbul tuduhan saya nak cuba Kamal Adli. Tiada emoji hati, hanya doa ikhlas untuk rakan seindustri yang pernah bekerjasama.

“Tenang semua, sebarkan doa, bukan fitnah,” luahnya.

Pada Isnin, Uqasha dan Kamal sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Artikel Berkaitan: Sah Cerai Talak Satu, Kamal Adli Akui ‘Hancur’?

Scroll to Top