Tiga maut kemalangan dua kereta

am@hmetro.com.my

Kota Tinggi: Tiga individu termasuk wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Jemaluang di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor memaklumkan pihaknya menerima laporan kemalangan itu pada 5.05 petang dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi serta BBP Mersing dikerah ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati kemalangan membabitkan Honda City yang dinaiki lelaki berusia 21 tahun dan wanita berusia 20 tahun serta Toyota Vios dinaiki lelaki berusia 31 tahun.

“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan,” menurut JBPM Johor dalam kenyataan.

Operasi mengeluarkan mangsa segera dilaksana dan mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Azlan Hamzah itu berjaya dikawal pada 6.45 petang dan tamat sepenuhnya pada 6.59 petang.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top