syafil.syazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Tugasan paling berat pagi ini. Baca berita pemergian bos sendiri.”
Itu perkongsian penyampai Radio Bernama Raifa Zulkifli dalam hantaran di media sosialnya, pagi ini ketika membaca berita pemergian Ketua Radio Bernama, Azlan Idris yang disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dalam video yang dimuat naik penyampai segmen Spektrum Pagi itu, jelas kelihatan wajah dan nada suaranya sebak, namun masih menjalankan tugas secara profesional.
“Jam 8 pagi semalam, saya bagi bos perancangan yang bos minta. Bos kata nak panggil mesyuarat semula hari ini. Tapi, nyata Allah lebih menyayangi bos.
“Semoga segala urusan bos dipermudahkan, salam takziah buat keluarga bos. Berehatlah bos. Semoga bos ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.
Ruangan komen media sosialnya kemudian menerima pelbagai komen ucapan takziah dan kata-kata semangat daripada netizen dan pendengar.
© New Straits Times Press (M) Bhd




