Operasi roboh 71 lagi jeti pangkalan haram sepanjang Sungai Golok dimulakan Ahad depan

Operasi roboh 71 lagi jeti pangkalan haram sepanjang Sungai Golok dimulakan Ahad depan

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu : Operasi meroboh baki 71 lagi jeti pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok akan dimulakan pada Ahad depan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ia susulan mesyuarat sudah dilakukan dan pihak kementerian sudah bersetuju untuk memberi bajet bagi tujuan berkenaan.

“Daripada lebih 200 pangkalan haram di sempadan Kelantan-Thailand, sebanyak 96 adalah pangkalan haram yang berstruktur termasuk mempunyai tangga simen.

“Daripada jumlah 96 berkenaan, sebanyak 25 jeti sudah dirobohkan sejak Oktober hingga Disember lalu dan bakinya 71 jeti akan dilakukan bermula Ahad ini selama dua minggu.

“Kita akan melakukan perobohan sebanyak mungkin dalam tempoh dua minggu berkenaan. Setakat ini kita tidak menerima sebarang provokasi daripada penduduk berhubung perobohan pangkalan haram,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kerja-kerja merobohkan 216 jeti pangkalan haram di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh dua bulan.

Terdapat 223 jeti pangkalan haram di sepanjang sempadan bermula dari Tumpat hingga Jeli dengan 216 berada dalam tanah kerajaan, manakala tujuh jeti dibina atas tanah persendirian penduduk.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top