am@hmetro.com.my
Sibu: Dua individu maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda di Jalan Dudong, Kanowit-Julau di sini, hari ini.
Dalam kejadian 4.10 petang itu, Julaihi Raduan, 52, dan Marliza Salleh, 49, tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 4.15 petang dan sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi.
“Dua mangsa yang tersepit dalam kereta berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kedua-dua mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Sementara itu, terdapat lima lagi mangsa terdiri daripada dua dewasa dan tiga kanak-kanak berada dalam pacuan empat roda.
“Seorang wanita berusia 33 tahun mengalami kecederaan ringan manakala empat lagi mangsa termasuk tiga kanak-kanak berusia empat, tujuh dan 10 tahun dilaporkan selamat,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




