Oh! Tidak
Wanita luah rasa takut selepas suami buat kenyataan tak senonoh terhadap bayi mereka, cetus kebimbangan netizen.
Seorang wanita meluahkan rasa risau terhadap kelakuan pelik suaminya terhadap anak mereka yang masih kecil.
Luahnya, suami beberapa kali mengeluarkan kata-kata yang dianggap tidak senonoh dan tidak sesuai ditujukan kepada anak sendiri.
Makin seram bila suami cium anak dan buat kenyataan tak sepatutnya
Menurut perkongsiannya di laman X, dia pada mulanya meminta suaminya membantu memandikan anak mereka yang baru lahir.
Namun, reaksi suaminya membuatkan dia berasa kurang selesa apabila lelaki itu didakwa membandingkan alat sulit anak mereka dengan isteri.

Lebih membimbangkan apabila wanita itu turut mendakwa suaminya kembali menunjukkan kelakuan tidak wajar semasa mencium bayi mereka sebelum keluar bekerja.
Wanita itu turut meluahkan rasa keliru sama ada dirinya terlalu berprasangka atau tindakan suaminya itu sebenarnya merupakan satu petanda bahaya yang perlu diberi perhatian demi keselamatan bayi mereka.
Pssttt! Jika terdapat sebarang tanda mencurigakan atau kelakuan yang luar biasa, langkah terbaik adalah segera mendapatkan bantuan pakar atau pihak berkuasa demi melindungi anak. Jangan sesekali berkompromi dengan keselamatan anak hanya kerana keliru antara ‘gurauan’ dan gangguan sebenar.
Kredit: X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




