Tipu pelaburan: Tan Sri gagal pulangkan wang selepas tempoh matang

Tipu pelaburan: Tan Sri gagal pulangkan wang selepas tempoh matang

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Bekas pengarah syarikat bergelar Tan Sri yang disyaki menipu duit pelabur dipercayai bernilai lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu sepatutnya memulangkan wang pelaburan selepas tempoh matang, namun gagal berbuat demikian.

Menurut sumber, dana terbabit diseleweng tanpa pengetahuan pelabur yang mana pelaburan itu sepatutnya dipulangkan semula selepas tarikh matang perjanjian pelaburan berakhir pada 2024.

“Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas pengarah syarikat terbabit jam 7.15 petang semalam yang disyaki menyalahguna dana pelaburan berjumlah RM6 juta.

“SPRM tidak menolak kemungkinan nilai dana yang diseleweng boleh mencecah ratusan jutaan ringgit,” katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan SPRM mengesahkan menangkap seorang lelaki bergelar Tan Sri yang disyaki menipu duit pelabur dipercayai membabitkan nilai lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilapor berkata, suspek berusia 60-an ditahan semalam dan direman pagi ini di Mahkamah Putrajaya.

Katanya, suspek ditahan di pejabat SPRM semalam, manakala Lembaga Pengarah syarikat itu ditahan kelmarin.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top