63 ditahan rentas negeri, daerah semalam

63 ditahan rentas negeri, daerah semalam

llahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah diperketatkan, namun masih ramai pihak yang berani melanggar arahan itu, termasuk melakukan rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran.

Pasukan khas operasi pematuhan PKP semalam, menahan 63 individu yang cuba merentas negeri dan daerah, manakala 68 lagi tidak mematuhi arahan pergerakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata seramai 724 orang ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) dengan kesalahan tiada penjarakan fizikal paling tinggi iaitu sebanyak 227 kes.

“Kesalahan gagal merekod butiran diri pula 148 kes, diikuti tidak memakai pelitup muka 130 kes dan lain-lain kesalahan 88 kes.

“Dalam Ops Benteng semalam juga, pihak berkuasa menahan tiga rakyat tempatan dan merampas tiga kenderaan serta mengusir 15 pendatang tanpa izin,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top