Selalunya kalau pelancaran telefon mesti buat dalam dewan tertutup, penuh slide dengan suasana terkawal dari penganjur.
Tapi kali untuk pelancaran siri OPPO Reno15, OPPO memilih pendekatan berbeza apabila pelancarannya berlangsung dalam suasana sesi berkuda, sesuatu yang jarang-jarang dilihat untuk jenama telefon pintar.
Bukan sekadar gimik, tetamu siap diminta menggunakan OPPO Reno15 ketika menunggang kuda, sambil merakam gambar dan video dalam keadaan bergerak. Di sinilah OPPO nak tunjukkan kemampuan kamera sebenar.
Ambil Gambar & Video Naik Kuda Tak Gegar Pun!
Menunggang kuda bukanlah situasi mesra kamera. Pergerakan tak sekata, tangan bergegar, dan subjek sentiasa bergerak. Biasanya, hasil gambar akan berakhir dengan blur atau rakaman yang tak boleh digunakan.
Namun dengan 4K HDR Ultra-Steady Video, OPPO Reno15 berjaya mengekalkan rakaman yang stabil walaupun ketika berada di atas kuda. Subjek kekal jelas, pergerakan lebih smooth dan rakaman masih nampak ‘usable’ tanpa perlu ulang ambil.
Inilah jenis situasi yang dekat dengan kehidupan sebenar sebab bukan semua orang ambil gambar dalam keadaan statik, dan OPPO jelas mahu tonjolkan kelebihan itu.
200MP Ultra-Clear Main Camera diuji dalam situasi bergerak
Selain video, sesi berkuda ini turut menguji keupayaan 200MP Ultra-Clear Main Camera. Gambar yang diambil ketika bergerak masih mengekalkan perincian yang baik, sama ada untuk shot lebih dekat atau sudut lebih luas.
Gambar yang dirakam boleh terus dikongsi tanpa perlu edit banyak dan sampai susah nak pilih gambar sebab hasil semuanya cantik!
Apa Jua Aktiviti Kamera OPPO Reno15 Tetap Power!


Selain berkuda, sebenarnya OPPO dah bawa kami untuk buat aktiviti mencabar yang lain menggunakan Reno15 ni iaitu HyFly, Gamuda Luge dan Dinner in The Sky.
Dekat HyFly dan Gamuda Luge, kamera diuji dalam keadaan pergerakan laju dan tidak menentu. Manakala Dinner in The Sky pula mencabar dari segi pencahayaan dan latar belakang yang luas.
Dalam semua situasi ini, hasil gambar dan video masih konsisten, menjadikan Reno15 sesuai untuk mereka yang kerap ambil gambar ketika travel atau aktiviti outdoor.
Swafoto Berkumpulan Jadi Lebih Mudah

Untuk momen santai dan berkumpulan, 0.6x Ultra-Wide Selfie Camera jadi penyelamat. Tak perlu bimbanng kalau tak muat frama sebab kini lebih ramai boleh masuk ke dalam satu frame tanpa perlu berundur jauh atau ulang ambil gambar berkali-kali.
Sesuai untuk situasi berkumpulan seperti picnic atau aktiviti luar yang memang menjadi sebahagian daripada gaya hidup hari ini.
AI Motion Photo Popout Tambah Elemen Kreatif

Satu lagi ciri yang mencuri perhatian ialah AI Motion Photo Popout. Tanpa perlu aplikasi tambahan, pengguna boleh menghasilkan visual pop-out terus dari telefon dengan menggabungkan beberapa motion photos menggunakan template tersedia.
Momen seperti menunggang kuda atau ekspresi spontan boleh ditukar menjadi visual lebih dinamik hanya dengan beberapa langkah ringkas.
Harga rasmi OPPO Reno15 di Malaysia

Untuk pasaran Malaysia ini ialah harga yang ditawarkan dan sudah boleh didapati secara rasmi di Malaysia.
OPPO Reno15 Series bermula dari RM1,499
OPPO Reno15 Pro 5G ditawarkan pada harga RM2,999
Peraduan Search & Win Tambah Kehangatan Minggu Pelancaran OPPO Siri Reno15

Bagi menghangatkan lagi pelancaran siri OPPO terbaru, OPPO turut menganjurkan peraduan Search & Win yang berjaya menarik lebih 1,000 penyertaan di platform Instagram dan Facebook Ohmedia.
Peserta hanya perlu membuat carian “OPPO Reno15”, mengambil tangkap layar hasil carian dan menghantarnya untuk menyertai peraduan.
Seorang pemenang bertuah telah dipilih dan berjaya membawa pulang hadiah menarik daripada OPPO. Pemenang telah dihubungi secara peribadi untuk urusan penyerahan hadiah.
Pelancaran OPPO Reno15 jelas tidak mahu bergantung pada teori atau spesifikasi semata-mata. Dengan menjadikan aktiviti lasak dan mencabar sebagai panggung percubaab, OPPO menunjukkan bagaimana telefon ini digunakan dalam situasi sebenar yang mencabar pergerakan dan kestabilan.
Untuk maklumat lanjut mengenai OPPO Reno15 Series, layari laman rasmi OPPO Malaysia.
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.




