Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan bahawa pemberian taraf penduduk tetap dan kewarganegaraan bukan sekadar isu pentadbiran, sebaliknya menyentuh aspek amanah, kedaulatan, integriti dan tanggungjawab negara.
Baginda turut menegaskan bahawa kewarganegaraan tidak boleh dilihat sebagai satu keistimewaan yang boleh diberikan secara mudah dan bukanlah urusan kecil yang boleh dilayan sambil lewa.
Kewarganegaraan adalah ikrar taat setia, bukan ganjaran

Menerusi laporan daripada Berita Harian, baginda bertitah bahawa kewarganegaraan bukan sekadar sekeping dokumen atau pengiktirafan undang-undang semata-mata, tetapi satu ikrar kesetiaan kepada raja dan tanah air.
“Kewarganegaraan bukan hanya sekeping dokumen dan sekadar pengiktirafan undang-undang, ia adalah ikrar kesetian, sumpah setia kepada raja dan tanah air.”
Titah baginda, kewarganegaraan juga tidak boleh dianggap sebagai ganjaran, hadiah kuasa atau tiket mudah untuk memasuki negara ini.
“Kewarganegaraan juga bukan ganjaran yang boleh dijual beli, bukan hadiah kuasa dan bukan tiket mudah untuk memasuki pangkuan watan, ia adalah lambang kepercayaan tertinggi negara kepada seseorang.”
Baginda turut menegaskan bahawa kedaulatan negara tidak boleh dikompromi atas alasan pelaburan, tekanan politik atau keuntungan sementara, malah maruah bangsa bukan untuk dijual dan kedaulatan negara bukan untuk digadai.
“Jadi, saya ingin mengingatkan kepada semua yang bertanggungjawab, ketegasan dalam perkara ini bukanlah kezaliman tetapi benteng kedaulatan negara. Jika pintu kerakyatan dibuka tanpa tapisan yang adil dan berintegriti, maka runtuhlah kepercayaan rakyat dan lunturlah maruah negara di mata dunia.”
Pssttt! Ketegasan dalam menjaga proses ini bukan bersifat menafikan hak, sebaliknya bertujuan memastikan maruah negara terus terpelihara dan tidak dipersoalkan di mata dunia.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.




