Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat berkongsi dia ‘menyakat’ cucunya yang merupakan penyokong tegar Arsenal, selepas pasukan kegemaran beliau, Manchester United (MU) berjaya meraih kemenangan dramatik 3-2.
Dalam hantaran ringkas di Facebook, Anwar berkongsi momen manis tersebut sambil berseloroh tentang debat kecil bersama cucunya yang kecewa dengan keputusan perlawanan.
Anwar Ibrahim bergurau di Facebook lepas MU menang

Perdana Menteri memuat naik hantaran santai di Facebook malam tadi untuk mengulas kemenangan MU ke atas Arsenal.
Sambung debat kecil dengan cucu, yang penting MU menang. Salam 3-2!- Tulis beliau.
Walaupun ringkas, hantaran itu mencuri perhatian peminat bola sepak yang tahu betapa hangatnya persaingan antara dua kelab gergasi EPL itu.

Menariknya, Anwar turut menyentuh hal sama secara rasmi ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara (JAN) pagi tadi.
Alhamdulillah, kita dapat menyempurnakan majlis ini. Saya tambah sukacita kerana semalam Arsenal menang dua, tetapi Manchester United menang tiga.Cucu saya marah betul. Saya ikuti juga perkembangan ini.- Katanya.
Perlawanan penuh debaran di Emirates
Perlawanan awal pagi tadi di Stadium Emirates memang cukup sengit. Arsenal dan MU saling membalas serangan sebelum Matheus Cunha menyumbat gol kemenangan di minit terakhir.
MU akhirnya menewaskan Arsenal dengan keputusan 3-2 dalam aksi yang dianggap antara paling dramatik dalam EPL setakat ini.
Pssttt! Ohmedia suka tengok pemimpin kita masih sempat berjenaka dengan keluarga walaupun sibuk urus negara. Kadang-kadang borak pasal bola pun boleh eratkan lagi hubungan dengan orang tersayang, kan?
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




