“Lebih Baik ‘Scan’ Dulu Lelaki, Sekarang Banyak Kes Cerai”

“Lebih Baik ‘Scan’ Dulu Lelaki, Sekarang Banyak Kes Cerai”

Usia hampir mencecah 30 tahun, pelakon Sharifah Rose berkata dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.

Memetik Astro Gempak, Rose berpendapat setiap individu perlu menilai pasangan terlebih dahulu melihatkan kes cerai kini semakin meningkat.

BACA: “Saya Nak Yang Stabil…” – Sharifah Rose Tolak Cinta Syafi Tee

“Saya pun dah nak berusia 30 tahun. Saya pernah melalui fasa dalam hubungan sebelum ini. Bila dah berpengalaman, saya rasa lebih baik ‘scan’ dulu lelaki sebab zaman sekarang pun banyak kes cerai,” katanya.

Sementara itu, Rose dia mendengar bermacam-macam kes dan pasangan itu kelak akan menjadi bapa serta ketua keluarga.

“Hari-hari saya dengar kes itu ini.  Saya tak mahu jadi kes seperti itu. Kita kena lebih berhati-hati dalam memilih pasangan kerana pasangan kita juga bakal menjadi seorang ayah kepada anak-anak,” katanya.

Sumber: Astro Gempak


Scroll to Top