Cadangan membenarkan murid enam tahun masuk Tahun Satu nampak bagus dari segi prinsip, tapi jadi isu bila ada syarat wajib lulus ujian kelayakan. Ramai ibu bapa terus risau, termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Menurut beliau, kalau gagal ujian tu, kanak-kanak akan hilang setahun terus dari sistem persekolahan. Berbeza dengan kelas pemulihan yang masih dalam sistem dan ada sokongan guru.
Ujian diagnostik atau kelayakan pada peringkat awal berisiko melabel kanak-kanak sebagai ‘kurang bijak’.- Katanya.
Ujian diagnostik boleh jejaskan psikologi anak kecil

Syed Saddiq turut rujuk panduan UNESCO yang sokong kemasukan awal ke sekolah, tapi menolak ujian saringan sebab boleh bawa kesan psikologi jangka panjang. Budak kecil tak sepatutnya dinilai terlalu awal ikut kebolehan.
Beliau cadang dasar kemasukan umur enam tahun diteruskan, tapi tanpa ujian yang boleh diskriminasi budak secara halus.
PMX sahkan ujian diagnostik dibatalkan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya bersetuju dengan pandangan Syed Saddiq. Katanya, kerajaan telah buat semakan semula dan akan batalkan ujian kelayakan tersebut.
Kerajaan memilih untuk menghapuskan ujian berkenaan bagi mengelakkan pelabelan awal terhadap murid.- Katanya.
Tambah beliau, walaupun ujian itu bertujuan sebagai penilaian awal, risiko diskriminasi dan kesan psikologi jauh lebih besar.
Keputusan kerajaan ni dianggap satu langkah proaktif ke arah pendidikan lebih inklusif. Kanak-kanak tak seharusnya rasa tertekan atau takut tak layak masuk sekolah hanya kerana satu ujian. Malah, ia juga beri kelegaan kepada ibu bapa yang risau anak mereka akan ‘terhenti’ setahun jika tak lulus.
Pssttt! Ohmedia sokong keputusan ni. Jangan biar anak-anak kecil rasa rendah diri hanya kerana gagal satu ujian. Mereka patut diberi ruang membesar dengan semangat dan keyakinan.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!



