Pelakon, Syifa Melvin mencuri tumpuan apabila berkongsi ragam anak pertamanya, Saif Sulaiman, 3, ketika berjumpa dengan adik perempuannya yang baru sahaja lahir.
Menerusi ciapan di Threads miliknya, isteri kepada pemain bola sepak, Safawi Rashid ini memaklumkan anak lelakinya masih belum dapat menerima kehadiran adiknya.
“Penerimaan Saif masih ego, dia faham ibu pergi potong perut, tapi dalam ward ada keluarga Syifa, dia macam tak nak tengok lagi adik dia, tak datang dekat Syifa pun, sedih ibu tapi selalunya biasa saja kan benda itu.
“Abang tetap cinta hati pertama ibu, my manja boy,” katanya.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata netizen yang juga golongan ibu menyifatkan perkara tersebut adalah normal buat anak sulung.
Pada Isnin, Syifa memaklumkan dia sudah selamat melahirkan anak kedua dengan berat 2.92 kilogram (kg).
Untuk rekod, Syifa mendirikan rumah tangga dengan Safawi pada November 2022 dan pasangan ini sebelum ini sudah memiliki seorang anak lelaki.
Artikel Berkaitan: Syifa Melvin Bengang Lelaki Kantoi Sanggup Tinggal Anak 2 Jam Demi Jumpa Skandal – “Bangsa Khianat Anak Bini!”



