“Kau Dah Ada Susu Dua” – Aliff Syukri Dikecam Buat Lawak ‘Double Meaning’

“Kau Dah Ada Susu Dua” – Aliff Syukri Dikecam Buat Lawak ‘Double Meaning’

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian ramai apabila dikecam membuat lawak ‘double meaning dengan pempengaruh, Ratu Farah Diva.

Menerusi satu hantaran dimuat naik seorang netizen di laman Threads, dikongsikan beberapa klip video memaparkan Aliff dan Ratu sedang bersiaran langsung menjual biskut.

BACA: Aliff Syukri Idam Nak Berduet Dengan Siti Nurhaliza

Ratu yang mengulas mengenai biskut berkenaan mengatakan ianya lebih sedap jika dinikmati bersama susu.

“Sedap sangat biskut ni tapi kalau nak lebih sedap boleh cicah dengan susu,” kata Ratu.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian apabila Aliff berseloroh dengan menyamakan susu dengan bahagian tidak sepatutnya.

“Kau berapa banyak susu? Tu kau dah ada susu dua, yang kat tengah-tengah ni,” kata Aliff.

Sementara itu, dalam satu lagi klip Aliff didakwa berseloroh lagi mengenai susu berbunyi,“besar dan hebat lagi susu kau”.

Susulan kenyataannya itu, individu tersebut turut mempersoalkan adakah ianya satu bentuk gangguan seksual.

Diruangan komen, rata-rata netizen menegur tindakan Aliff itu serta meminta usahawa itu lebih berhati-hati ketika berkata-kata bimbang mengundang kecaman.


Scroll to Top