Shila Amzah mula nyanyian dari lagu iklan 'Ibu'

Shila Amzah mula nyanyian dari lagu iklan 'Ibu'

Kuala Lumpur : Penyanyi, Shila Amzah mendedahkan dirinya mula menyanyi dari sebuah lagu iklan yang sering dimainkan di televisyen suatu masa dahulu.

Perkara itu turut mendorong bagaimana ibunya, Fauziah Sarman mula menyedari bakat nyanyian Shila atau pemilik nama Nurshahila Amir Amzah, 35, hanya kerana dia kerap menyanyikan lagu-lagu iklan di rumah.

Begitupun dalam satu sesi temu bual bersama media baru-baru ini, Shila mendedahkan ramai pastinya terkejut apabila dia memaklumkan antara semua lagu iklan berkenaan, ada satu lagu yang paling melekat di hatinya.

Paling mengejutkan ramai, antara semua lagu iklan tersebut, ada satu lagu yang paling melekat di hatinya.

“‘My mom discover’ (ibu mengetahui) saya boleh nyanyi daripada umur kecil. ‘One of the song was my favorite’ (lagu kegemaran saya) adalah lagu-lagu iklan,” katanya.

Menurut Shila, lagu yang dimaksudkan ialah lagu iklan bertajuk ‘Ibu’, yang ketika itu sering dimainkan di televisyen dan menjadi kegemarannya.

“Saya akan nyanyi ‘Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku’. Setiap lagu iklan saya nyanyi, tapi lagu ni specifically was my favorite (sangat saya minati).”

Apa yang menjadikan pendedahan ini lebih menyentuh perasaan, Shila kini menyedari bahawa lagu berkenaan seakan-akan menjadi petanda awal kepada perjalanan hidupnya iaitu dari seorang anak kecil, kini bergelar ibu dan menyanyikan lagu bertemakan keibuan.

“Inilah yang specialnya (istimewa),” katanya ringkas.

@shilaamzahofficial Menjadi ibu adalah salah satu impian sha. I am always inspired by my mom , having to take care of 4 kids at the age of 29 without any helpers. Menjadi ibu ni bukan la perkara yang mudah , ia adalah satu Anugerah tuhan yang dipertanggungjawabkan untuk kita galas sebaiknya dan semampunya. I promised myself to be a physically and mentally healthy mama. Begitu juga janji kita untuk menjaga , mendidik dan membekalkan mereka nutrisi yang penting untuk tumbesaran anak-anak sha. #Fernleafmy #Pilihanbijak #iburatuhatiku @Fernleaf Malaysia ♬ original sound – ShilaAmzah

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top