Trending
Bekas isteri Ejai Aziz, Suraya Zainal dakwa jadi mangsa keganasan rumah tangga selama tujuh bulan, alami penderaan mental dan fizikal.
Bekas isteri kepada penyanyi Ejai, Suraya Zainal tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang tujuh bulan bergelar isteri kepada vokalis kumpulan Azarra Band itu.
Menurut laporan HibGlam, Suraya berkata penderaan yang dialaminya bukan sahaja melibatkan aspek mental, malah turut merangkumi kekerasan fizikal setiap kali berlaku perselisihan faham dalam rumah tangga mereka.
Selama tujuh bulan kahwin, dia dera mental dan fizikal saya. Saya hidup dalam ketakutan, takut diceraikan. Saya tak boleh tegur, kecil hati atau bersuara sebab akan jadi pergaduhan.
Bekas isteri Ejai Aziz buat pendedahan mengejutkan

Suraya mendakwa setiap kali berlaku konflik, bekas suaminya sering mengugut dengan lafaz cerai, selain memaki hamun, menghina dan memukulnya.
Lebih menyedihkan, beliau turut mendakwa maruah dirinya sering direndahkan dengan panggilan menghina serta dibandingkan dengan status artis bekas suaminya.
Dia panggil saya janda bodoh, tiada pelajaran dan cakap dia boleh dapat lebih baik daripada saya. Dia bangga dengan status artis, sedangkan saya dianggap tidak bernilai.
Curang dan sering tinggalkan rumah beberapa hari?

Berdasarkan laporan polis yang pernah dibuat, Suraya mendakwa bekas suaminya pernah mencekik leher, menendang dada dan muka, memijak wajah serta membantingnya ke lantai.
Namun, Suraya mengakui kesilapannya kerana tidak mendapatkan rawatan perubatan segera untuk menyokong aduan tersebut.
Selain keganasan, Suraya turut mendakwa bekas suaminya sering meninggalkan rumah selama beberapa hari setiap kali berlaku pertengkaran dan menjalin hubungan dengan wanita lain.
Setiap kali gaduh, dia keluar berhari-hari dan curang. Bila buka telefon, TikTok penuh dengan perempuan separuh bogel. Bila saya tanya, dia kata itu kerja.
Menurut Suraya, pendedahan ini dibuat selepas bekas suaminya mengugut untuk menularkan perkara tertentu susulan keengganannya membayar bil telefon tertunggak.
Difahamkan, Suraya merupakan bekas isteri keenam Ejai dan pasangan itu telah berpisah pada 11 Ogos tahun lepas Malah, Suraya turut mendakwa dirinya bukan mangsa tunggal kerana bekas isteri-isteri terdahulu penyanyi itu juga melalui pengalaman serupa.
Pssttt! Keganasan rumah tangga bukan isu peribadi, ia satu jenayah. Mangsa digalakkan tampil mendapatkan bantuan dan sokongan sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Jangan diam, nyawa dan maruah lebih berharga.
Kredit: HibGlam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.



