Oh! Negara
Anwar tolak tuduhan pembangkang isu 5,000 hektar tanah, anggap tak berasas dan berbau fitnah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim naik angin bila ditanya tentang dakwaan kononnya kerajaan menyerahkan lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia.
Beliau menyifatkan tuduhan pembangkang itu langsung tak masuk akal dan sekadar satu percubaan untuk mengelirukan rakyat.
Inilah masalah pembangkang. Mereka guna kebebasan untuk bercakap merapu dan bohong. Guna nama Islam, tipu, salah fakta.- Katanya.
Guna sentimen agama demi politik

Menurut Anwar, pembangkang dah melampau bila sanggup mainkan sentimen agama hanya untuk kepentingan politik sendiri. Beliau percaya tak sepatutnya kebebasan bersuara disalahgunakan sampai sanggup sebar maklumat palsu.
Katanya, kalau betul mereka nak penjelasan, sepatutnya bawakan isu ini dengan cara yang matang dan berfakta. Anwar juga tegaskan tak perlu pun kerajaan beri penjelasan lanjut di Parlimen tentang isu ini.
Tak perlu bagi penjelasan. Pembangkang mesti bertanggungjawab buat tuduhan menipu, memfitnah terus-menerus dan kita tidak boleh terima kaedah politik buruk dan busuk seperti ini.- Katanya.
Kritik budaya politik pembangkang

Tambah beliau lagi, budaya politik sebegini hanya rosakkan suasana politik negara dan langsung tak mencerminkan nilai tanggungjawab atau kejujuran.
Cara pembangkang main isu secara sembrono sebegini katanya bukan sahaja bahaya, tapi boleh jejaskan kepercayaan rakyat terhadap sistem politik.
Pssttt! Ohmedia harap korang jangan terus percaya bila dengar berita sensasi macam ni. Benda melibatkan negara, lebih baik semak dan faham dulu sebelum buat andaian sendiri.
Kredit: Berita RTM
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




