Pasangan jarak jauh dinasihat segera mohon rentas negeri

Pasangan jarak jauh dinasihat segera mohon rentas negeri

bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri jarak jauh dinasihat segera mengemukakan permohonan rentas negeri kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebelum pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bermula Selasa depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata saranan itu dibuat selepas mengambil kira tiada individu boleh keluar rumah tanpa keperluan yang dibenarkan, sepanjang tempoh terbabit.

Bagaimanapun, beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi pasangan jarak jauh ketika pelaksanaan itu adalah bawah bidang kuasa Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ismail Sabri adalah menteri bertanggungjawab bagi SOP dan harus melihat perkara ini (berhubung pasangan jarak jauh) sebagai antara yang perlu diambil kira,” katanya pada sidang media, hari ini.

Namun pada pandangan beliau, Hamzah berkata, perkara itu wajar dipertimbangkan segera supaya pasangan jarak jauh dapat pulang duduk bersama sebelum Selasa depan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top