Pempengaruh Popular Didakwa Rogol Remaja, Mengaku Tak Bersalah

Pempengaruh Popular Didakwa Rogol Remaja, Mengaku Tak Bersalah

Oh! Artis

Pempengaruh media sosial didakwa rogol dan amang seksual dua remaja bawah umur.


Seorang pempengaruh media sosial berusia 23 tahun menggemparkan mahkamah hari ini selepas didakwa atas dua kes serius melibatkan remaja bawah umur. Kes tersebut membabitkan dakwaan rogol dan juga amang seksual fizikal terhadap dua mangsa berlainan.

Tertuduh, Muhammad Iman Hazriq Azizan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di dua Mahkamah Sesyen berasingan di Kuala Lumpur.

Pempengaruh hadapi dua pertuduhan di dua mahkamah berbeza

Kes pertama dibicarakan di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar melibatkan dakwaan merogol seorang remaja perempuan berumur 15 tahun 6 bulan. Kejadian didakwa berlaku dalam bilik sebuah kondominium di Wangsa Maju pada 22 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Sementara itu, satu lagi pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali membabitkan mangsa kedua berusia 16 tahun. Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja itu di lokasi dan masa yang sama.

Kes ini dibuka di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang juga membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah.

Permohonan jaminan dan alasan peguam

Pempengaruh Popular Didakwa Rogol Remaja, Mengaku Tak Bersalah

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Shakira Aliana Alias, mencadangkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan serta beberapa syarat ketat tambahan termasuk penyerahan pasport, lapor diri bulanan dan larangan ganggu mangsa serta saksi.

Namun, peguam tertuduh, Mohamad Akmal Mohd Taufik, merayu supaya jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya masih bujang, berpendapatan rendah dan menanggung keluarga.

Anak guam saya bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai kasut dengan pendapatan RM2,000 sebulan. Dia juga memberikan kerjasama baik dengan pihak polis sepanjang siasatan dan tiada risiko untuk melarikan diri.- Katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan. Syarat tambahan seperti yang dicadangkan pihak pendakwaan turut diterima. Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Mac dan 2 April depan di kedua-dua mahkamah.

Pssttt! Ohmedia nak ingatkan korang, isu melibatkan remaja bawah umur bukan perkara kecil. Semoga kes ini jadi peringatan buat semua agar lebih berhati-hati dalam setiap tindakan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top