“Aku Salah Seorang Produk Jenayah Tu” – Aedy Ashraf Buka Cerita Sebak Tentang Latar Belakang Hidupnya

“Aku Salah Seorang Produk Jenayah Tu” – Aedy Ashraf Buka Cerita Sebak Tentang Latar Belakang Hidupnya

Oh! Artis

Aedy Ashraf kongsi kisah hidup, mengaku lahir dari keluarga susah.


Pelakon terkenal, Aedy Ashraf menarik perhatian ramai apabila secara terbuka mengakui dirinya merupakan salah satu ‘produk jenayah’ seperti yang disebut dalam hantaran tular mengenai lelaki miskin yang berkahwin dan beranak-pinak walau tak mampu.

Hantaran asal yang tular itu menyentuh tentang isu lelaki yang memilih untuk berkahwin dan mempunyai anak walaupun dalam keadaan serba kekurangan, lalu secara tidak langsung turut menyeret anak dan isteri ke dalam kesempitan hidup yang sama.

“Aku tak mengeluh, aku jaga dorang”

Aedy Ashraf

Apa yang lebih menyentuh hati ramai adalah apabila Aedy langsung tidak menunjukkan kemarahan atau rasa kecewa terhadap ibu bapanya. Sebaliknya, dia memilih untuk ambil jalan penuh kasih sayang.

Aedy Ashraf

Tambahnya lagi, cara dia ‘membalas’ kesusahan hidupnya dulu bukan dengan menyalahkan ibu bapa, tapi dengan memberi balik kebahagiaan kepada mereka.

Pssttt! Tak semua orang lahir dalam keluarga sempurna, tapi yang membezakan kita adalah macam mana kita pilih untuk bangkit. Aedy Ashraf jadi contoh bahawa walau susah mana pun hidup dulu, masih boleh pilih untuk beri kasih sayang, bukan dendam. Semoga kisah Aedy ni beri inspirasi buat yang senasib di luar sana.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top