“Dia Perlu Maintain Saya” – Ameera Khan Cari Pasangan Yang Baik & Kaya

“Dia Perlu Maintain Saya” – Ameera Khan Cari Pasangan Yang Baik & Kaya

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan berkongsikan mengenai ciri-ciri pasangan pilihannya dari segi peribadi dan kewangan.

Menerusi satu klip video sesi siaran langsung, Ameera dilihat menjawab penyataan netizen mengenai soal jodoh.

BACA: Netizen Dakwa Ameera Khan Kini Bercinta Dengan Kerabat Diraja Pahang?

Ameera berkata dia ciri yang dititikberatkan dalam mencari bakal suami adalah lelaki yang boleh membimbing serta kaya.

“Baik dan kaya. Itu yang paling penting buat saya. Sebab lelaki itu perlu maintain saya. Yang soleh, yang boleh bimbing saya, tolonglah bimbing saya. Saya cari seseorang yang boleh bimbing saya.

“Yang sayang saya dan keluarga. Hormat saya, mommy dan daddy, adik beradik, serta sepupu. Terutama yang rapat dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Ameera turut menjawab dakwaan mengenai kekasih baru selepas hubungannya dengan pelakon Indonesia, Jefri Nichol telah pun berakhir.

“Terlalu banyak gosip. Itu cuma kawan.Tentang kekasih, saya sendiri belum pasti. Nanti saya akan maklumkan.

“Saya belum membuat sebarang keputusan dan sebenarnya saya sudah lama move on sebelum meninggalkan dia,” katanya.


Scroll to Top