Los Angeles: Pelakon komedi Catherine O’Hara, yang dikenali menerusi “Schitt’s Creek” dan “Home Alone”, meninggal dunia akibat embolisme pulmonari (sekatan saluran darah (arteri) dalam paru-paru) , menurut sijil kematian yang dikeluarkan Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Los Angeles dan dikongsi oleh TMZ pada Isnin.
Sijil kematian itu turut menyenaraikan kanser rektum sebagai punca asas kematian.
O’Hara, 71, meninggal dunia pada 30 Januari, mencetuskan penghormatan yang dipimpin oleh rakan lakonannya Macaulay Culkin dan Perdana Menteri Kanada, Mark Carney.
Pada 2020, beliau memenangi Anugerah Emmy bagi pelakon wanita komedi terbaik menerusi watak Moira Rose dalam “Schitt’s Creek”.
O’Hara turut memegang watak ibu kepada karakter Culkin dalam filem “Home Alone” (1990) serta Delia Deetz dalam dua filem “Beetlejuice”.O’Hara menyertai barisan pelakon siri satira Hollywood 2025 terbitan Seth Rogen, “The Studio”, sebagai Patty Leigh, bekas ketua sebuah studio filem Hollywood yang dipecat.
© New Straits Times Press (M) Bhd



