Pelakon Daler Yusuf meluahkan rasa simpati terhadap pengalaman perit yang dilalui pelakon Puteri Balqis dan ibunya.
Menerusi perkongsian di Threads, Daler atau nama lengkapnya, Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 35, berkata, dia juga pernah berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika mula-mula menapak dalam industri seni tanah air.
“I have watched podcast and so sad what they experienced. But when we start acting, bukan girls je yang kena jaga diri, even the guys pun tak selamat,” luahnya.
Mengulas lanjut, pelakon drama ‘Bukan Cinta Aku’ itu mengakui pernah menerima mesej daripada mereka yang bergelar pengarah dan penerbit termasuklah ada yang mengajaknya pergi bercuti.
Lebih mengejutkan, golongan tersebut juga meminta foto miliknya menerusi aplikasi WeChat.
“Masa mula-mula saya start dan die-hard nak jadi pelakon, Saya pernah mesej beberapa director/producers.
“Ada yang mintak gambar dekat WeChat, ada yang ajak pergi bercuti… Tapi Alhamdulillah, bila kita bertawakal dan percaya pada Allah, semua yang baik dan positif datang dengan sendirinya,” katanya.





