Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri memberi bayangan bakal tampil dengan single raya terbaharu dalam masa terdekat.
Tersentuh hati dengar lagu raya

Menerusi satu hantaran di Instagram, Aliff atau nama penuhnya Aliff Syukri Kamarzaman, 39, mencuri perhatian ramai apabila perkongsiannya itu turut menerima reaksi daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Penyanyi tersohor itu meninggalkan komen pada video teaser berkenaan dan mengakui tersentuh dengan nyanyian yang disampaikan oleh usahawan itu.

“Datuk (panggilan Aliff), hati saya sangat tersentuh,” kata Siti.
Dalam ruangan komen yang sama, Ozlynn iaitu isteri kepada pelawak dan penyampai radio Johan, turut meninggalkan respons bersahaja dan mengakui tidak menyangka keberanian Aliff sehingga berjaya menarik perhatian TokTi.

“Apa pun awak (Aliff) memang nombor satu. Ini bukan berani kerana benar tapi awak berani buat sampai TokTi (panggilan) komen,” tulisnya.
Pada masa sama, Aliff tidak melepaskan peluang mempromosikan dirinya kepada mana-mana pihak yang berminat mengundangnya membuat persembahan. Dia menawarkan bayaran sebanyak RM35,000 dengan sedikit diskaun jika bernasib baik.
“Ada yang nak panggil saya show tak? Harga RM35,000 boleh diskaun sikit. Boleh hubungi pengurus saya,” tambahnya lagi.
Artikel lain: Aliff Syukri akui lebih berbakat dalam nyanyian berbanding anak – “Cess kurang aura”
Terdahulu, usahawan itu berpendapat anak sulungnya, Qadejah El Zahra atau lebih dikenali sebagai Cess, masih belum mampu menyaingi keupayaan vokalnya walaupun kini semakin dikenali sebagai penyanyi.
Menurutnya, biarpun prestasi nyanyian Cess menunjukkan perkembangan positif ketika sesi rakaman baru-baru ini, terdapat beberapa aspek lain yang perlu diperbaiki.
Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris




