Farra Inalis tak rela dimadukan -Kau mampu ke tak mampu ke, tak payah!”-

Farra Inalis tak rela dimadukan -Kau mampu ke tak mampu ke, tak payah!”-

Isteri kepada pempengaruh dan penyanyi rap Caprice, Farra Inalis, menegaskan beliau tidak rela hidup dalam poligami.

Dalam potongan klip siaran langsung di TikTok, Farra dilihat menjawab beberapa soalan netizen mengenai isu berpoligami. Beliau menekankan bahawa suami perlu lebih bersyukur dengan apa yang dimiliki dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan isteri dimadukan.

“Kau mampu ke tak mampu ke, tak payah. Kalau aku dengan Datuk ke Tan Sri ke, tapi mereka kahwin lebih dari satu, selamat tinggal. Kau jangan main-main dengan aku.
“Dalam hidup ini, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Kalau asyik tengok dekat perkara lain, sampai mati pun tidak akan cukup seorang,” kata Farra.

Farra Inalis tak rela dimadukan

Beliau turut menitipkan pesanan kepada wanita supaya tidak terlalu menurut kata suami sehingga mental dan emosi terganggu.

Artikel lain: Ayah faham keputusan tanggal tudung, asalkan jangan tinggal solat – Aprena Manrose

Farra Inalis sekali lagi menegaskan pendirian beliau bahawa hidup berpoligami bukan pilihan yang diingini, dan ia seharusnya diputuskan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab oleh semua pihak terlibat.

“Aku tak suka lelaki ambil kesempatan pada perempuan.
“Ramai di Malaysia, isteri mendengar kata suami. Bukan salah tapi kadang-kadang sehinggakan mendera mental dan emosi.
“Hidup ini kena adil. Ramai perempuan sekarang takut dengan lelaki sebab mereka tidak bekerja. Tak boleh jadi baik sangat,” ujarnya.

Sumber: TikTok hnayeon8

Scroll to Top