Pelakon Dawson's Creek, James Van Der Beek meninggal dunia

Pelakon Dawson's Creek, James Van Der Beek meninggal dunia

New York: Pelakon Amerika Syarikat (AS), James Van Der Beek, yang popular menerusi siri televisyen “Dawson’s Creek,” meninggal dunia pada Rabu, selepas bertarung dengan kanser kolorektal. Beliau berusia 48 tahun,

“James David Van Der Beek yang kita sayangi meninggal dunia dengan tenang pagi ini,” menurut catatan di laman Instagramnya.

Van Der Beek, yang berkahwin dan mempunyai enam anak, mengumumkan diagnosis kansernya pada 2024.

Dia paling dikenali kerana memainkan watak Dawson, watak utama drama remaja 1998-2003, yang mengisahkan sekumpulan rakan yang tinggal di sebuah bandar kecil di Massachusetts.

Van Der Beek juga mempunyai peranan dalam filem “Varsity Blues” dan “The Rules of Attraction”.

Hantaran di Instagram pada Rabu menunjukkan gambar Van Der Beek yang memakai baju putih dan kardigan. Ia juga dikongsi oleh isterinya, Kimberly.

“Buat masa ini, kami meminta privasi yang aman ketika kami bersedih dengan suami, bapa, anak lelaki, abang dan rakan kami yang tersayang,” menurut hantaran itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top