Drama tempatan, Bisik Asmara, yang dibintangi Uqasha Senrose dan Zul Ariffin, menerima kecaman gara-gara dialog yang berunsur ‘soft porn’.
Mana taknya, dialog seperti “Makan you je lah” dan aksi-aksi berani dalam drama tersebut dikatakan tidak sesuai apatah lagi sedang menuju ke bulan Ramadan.
“Makan you jelah..”
Isu ini turut menerima teguran daripada pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun. Ustazah Asma’ menyifatkan drama berkenaan seakan-akan mempromosikan unsur ‘soft porn’ Melayu yang semakin berleluasa dalam media arus perdana.
Walaupun beliau tidak menonton drama itu sepenuhnya, namun sedutan-sedutan pendek yang tular di media sosial sudah cukup membuatkan beliau rasa risau dan muak.
“Drama tak bermoral dan ala soft porn”
Menurut Ustazah Asma’, tidak jelas apakah mesej sebenar yang ingin dibawa oleh drama tersebut. Beliau mempertikaikan sama ada ia bertujuan untuk mendidik penonton agar tidak curang atau sekadar memberi hiburan murahan yang melalaikan.

Ramai warganet turut bersetuju dengan teguran tersebut dan menyuarakan rasa kecewa dengan hala tuju sesetengah drama tempatan yang semakin berani dan mengetepikan batas agama serta norma masyarakat.
Pssttt! Isu ini patut jadi pengajaran kepada pihak produksi agar lebih sensitif terhadap nilai agama dan budaya penonton tempatan. Tak salah nak buat drama cinta, tapi berpada-padalah dengan aksi dan dialog yang ditampilkan. Bila terlalu melampau, bukan saja mencetus kontroversi, tapi juga rosakkan nilai moral masyarakat.
Kredit: Facebook Ustazah Asma’ Harun
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



