Watak Paling Dibenci Kini Jadi Sebutan! Ustaz Irfan ‘Angkat’ Nama Firdaus Karim

Watak Paling Dibenci Kini Jadi Sebutan! Ustaz Irfan ‘Angkat’ Nama Firdaus Karim

Sejak mula ditayangkan, watak Ustaz Irfan dalam drama Doa Yang Terlindung semakin mencuri perhatian dan menjadi antara karakter paling hangat diperdebatkan penonton.

Reaksi yang diterima bukan sekadar tertumpu kepada sikap dan tindakan watak tersebut yang mencetuskan kemarahan, malah turut meleret kepada soal penampilannya.

Namun, di sebalik kebencian yang membuak-buak, semakin ramai penonton mula menyedari satu perkara iaitu, empunya diri di sebalik watak tersebut, Firdaus Karim sebenarnya tampil jauh berbeza dan hensem di dunia nyata.

Bukan itu sahaja, kebencian terhadap Ustaz Irfan di mata penonton merupakan bukti kejayaan Firdaus dalam menjiwai watak berkenaan. Dengan gaya rambut belah tepi yang skema, ekspresi wajah sinis serta hujah-hujah manipulatif, dia berjaya membuatkan penonton ‘naik angin’ setiap kali muncul di skrin.

Hal ini secara tidak langsung ‘mengaburkan’ persepsi penonton daripada melihat Firdaus sebagai pelakon tampan, sebaliknya menampilkan Ustaz Irfan sebagai karakter yang benar-benar menjengkelkan.

Tidak habis disitu, keberkesanan lakonan tersebut turut membuahkan hasil apabila Doa Yang Terlindung mencatatkan rekod tontonan melebihi 4 juta penonton bagi setiap episod, selain meraih 600 juta capaian keseluruhan di platform digital dan media sosial.

Mengulas mengenai reaksi luar jangka itu, Firdaus mengakui dia dan pihak produksi sudah menjangkakan respons penonton, namun tidak menyangka impaknya begitu besar.

Sewaktu berbincang dengan produksi, kami sudah bayangkan pelbagai senario yang bakal berlaku. Cuma, saya tidak menyangka penerimaan dan impak penonton akan sebesar ini,” katanya.

Transformasi Firdaus sebagai Ustaz Irfan jelas membuktikan kredibiliti lakonan mampu mengatasi persepsi terhadap rupa paras semata-mata.

Keseluruhannya, transformasi Firdaus Karim sebagai Ustaz Irfan ini membuktikan bahawa bakat dan kredibiliti lakonan sebenarnya memainkan peranan yang sangat besar, mengatasi soal penampilan semata-mata.

Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan penamat perjalanan Ustaz Irfan dalam episod akhir Doa Yang Terlindung di slot Akasia TV3, jam 7.00 malam.

ARTIKEL BERKAITAN:Firdaus Karim Tak Berkecil Hati Netizen Pertikai Kredibiliti & Kritik Imej Gara-Gara Watak ‘Ustaz Irfan’

ARTIKEL BERKAITAN:Hero Drama ‘Doa Yang Terlindung’ Dikecam, Fasha Sandha Minta Netizen Beri Peluang Kepada Firdaus Karim

Scroll to Top