Jerebu: Tujuh kawasan tidak sihat, Segamat paling teruk

Jerebu: Tujuh kawasan tidak sihat, Segamat paling teruk

Kuala Lumpur: Sebanyak tujuh kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat, dengan Segamat mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi iaitu 156, setakat jam 4 petang hari ini.

Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), kedudukan itu diikuti oleh Batu Pahat dengan bacaan IPU 155, Kluang (153) manakala Seremban dan Nilai (151).

Sementara itu, Kota Samarahan, Sarawak (128) dan Larkin, Johor (109).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 diklasifikasikan sebagai berbahaya.

Orang ramai khususnya kanak-kanak, warga emas serta individu yang menghidap asma atau penyakit pernafasan kronik dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka jika perlu berada di kawasan terjejas.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top