LATEST
National

Trump dakwa hampir menang ke atas Iran

Trump dakwa hampir menang ke atas Iran

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendakwa kemenangan ke atas Iran semakin hampir.

Baca juga: Backup Data Telefon: Cara Mudah Supaya Gambar Tak Hilang

Namun, tegas beliau, pentadbirannya masih memberi peluang kepada Teheran untuk mencapai perjanjian bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban.

Kenyataan itu dibuat ketika Qatar dan Pakistan meneruskan usaha pengantara dengan menyampaikan pelbagai cadangan antara Washington dengan Teheran dalam usaha mengakhiri konflik yang berlarutan sejak Februari.

Menteri Ehwal Luar Iran, Abbas Araghchi, mengesahkan pada 26 November bahawa usaha diplomatik masih diteruskan, meskipun pendirian Teheran berhubung syarat pembukaan semula Selat Hormuz tidak berubah.

Bercakap kepada stesen televisyen pemerintah Iran, beliau berkata beberapa cadangan telah dikemukakan dan sedang diteliti bagi mencari jalan keluar daripada kebuntuan rundingan antara kedua-dua negara.

“Beberapa idea telah dikemukakan dan saya fikir jalan baru boleh dibuka. Cadangan ini sedang diteliti, namun pendirian utama kami tidak berubah.

“Kami mempunyai beberapa tuntutan yang perlu dipenuhi sebelum Selat Hormuz boleh dibuka,” katanya.

Araghchi bagaimanapun berkata kementeriannya kini memberi keutamaan kepada usaha memperkukuh daya tahan ekonomi Iran dalam menghadapi sekatan antarabangsa, dan bukan semata-mata tertumpu pada rundingan dengan AS.

Menurut beliau, Teheran sedang menggunakan pelbagai saluran bagi memenuhi keperluan negara serta menangani usaha mengenakan sekatan dan kepungan ekonomi terhadap Iran.

mereka akan memanfaatkan peluang itu,” katanya.

Trump turut memuji peranan anggota tentera Amerika dalam perang menentang Iran, sambil mengulangi pendirian Washington bahawa Teheran tidak akan dibenarkan memiliki senjata nuklear.

Beliau berkata usaha menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear penting bukan sahaja bagi melindungi AS hari ini, malah generasi akan datang.

“Mereka tidak akan memiliki senjata nuklear. Itu yang boleh saya pastikan,” katanya.

Encik Trump turut berkata tentera Amerika telah melancarkan peluru berpandu bagi memintas ancaman terhadap kapal dagang yang melalui Selat Hormuz.

Namun, beliau menegaskan bahawa pembabitan Amerika dalam konflik di Timur Tengah bukan didorong oleh keperluan mendapatkan bekalan minyak dari rantau tersebut.

Menurutnya, Amerika mempunyai sumber tenaga yang mencukupi untuk memenuhi keperluannya sendiri.

Beliau turut mendakwa gabungan rizab minyak Amerika dan Venezuela merangkumi lebih separuh daripada keseluruhan rizab minyak dunia.

Dakwaan mengenai jumlah rizab minyak itu tidak disertakan dengan bukti dalam kenyataannya.

Encik Trump berkata Amerika telah sekian lama memainkan peranan dalam melindungi Israel dan menjaga keselamatan Timur Tengah.

Meskipun menegaskan negaranya tidak bergantung pada bekalan minyak dari rantau itu, beliau mengakui bahawa keamanan dan kestabilan Timur Tengah tetap penting kepada kepentingan Amerika.

Kenyataan terbaru kedua-dua pihak itu memperlihatkan jurang yang masih luas antara tuntutan Teheran dengan pendirian Washington, walaupun saluran diplomatik menerusi Qatar dan Pakistan kekal terbuka.

Encik Trump turut memberi amaran bahawa Iran yang memiliki senjata nuklear boleh menimbulkan ancaman terhadap Israel dan negara-negara lain di rantau tersebut.

“Kita tidak menggunakan minyak itu. Kita tidak memerlukannya. Kita sudah lama berada di sana untuk melindungi Israel dan Timur Tengah.

“Namun, apa yang kita perlukan ialah keamanan di Timur Tengah kerana tanpanya, akan berlaku banyak pergolakan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news