Tragedi pembunuhan wanita yang dikerat dan dibuang di Taman Indah Permai, Sepangar, Sabah terus menjadi perhatian ramai.
Terbaharu, anak mangsa sendiri tampil membuat siaran langsung di TikTok dan berkongsi cerita sebenar hubungan ibunya dengan suspek utama yang juga bekas tunangnya.
Pertunangan dua tiga bulan, kerap bergaduh

Menurut pemuda itu, ibunya pernah bertunang dengan suspek namun hubungan tersebut hanya bertahan sekitar dua hingga tiga bulan kerana kerap bertengkar.
Pada awalnya, mama saya bertunang dengan dia. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan itu memang kerap bergaduh. Biasalah, pertengkaran seperti pasangan bertunang lain. Tetapi lama-kelamaan mama saya merasakan tidak mahu meneruskan hubungan itu.
Beliau mendakwa pertelingkahan berulang itu menyebabkan ibunya mengambil keputusan memutuskan pertunangan dan memilih untuk meneruskan kehidupan.
RM7,000 dipulangkan, ibu masih diganggu suspek

Selepas pertunangan diputuskan, suspek dikatakan meminta semula wang sebanyak RM7,000.
Apabila pertunangan itu diputuskan, ibu saya telah membayar semula kesemua wang berkenaan. Selepas itu, ibu saya berkenalan dengan seorang lelaki lain dan mereka berkahwin pada Januari lalu.
Namun begitu, menurutnya, suspek tidak berhenti setakat itu dan terus mengganggu ibunya menggunakan beberapa nombor telefon berbeza.
Saya menasihatkan ibu supaya tidak lagi berhubung dengan suspek walaupun sekadar sebagai kawan dan meminta beliau menjauhkan diri daripadanya. Ibu akur dengan permintaan saya.
Katanya, pada tengah hari Rabu ibunya memberitahu abang hendak keluar bertemu rakan kerana ada urusan.
Namun sehingga lewat malam ibunya masih tidak pulang membuatkan dia tidak dapat tidur. Keesokan paginya ibunya ditemui sudah tidak bernyawa di tempat pelupusan sampah.
Pssttt! Kes pembunuhan wanita ini benar-benar meruntun jiwa. Lebih menyedihkan apabila anak sendiri terpaksa tampil menjelaskan apa yang berlaku terhadap ibunya. Apa pun, kita serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara telus dan adil. Semoga keluarga mangsa diberi kekuatan menghadapi dugaan yang amat berat ini.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



