Aliran trafik lebuh raya utama semakin sesak

Aliran trafik lebuh raya utama semakin sesak

harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan berikutan peningkatan jumlah pergerakan kenderaan sejak pagi tadi.

Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam hantaran di Facebook berkata, trafik di lebuh raya bertol sekitar Lembah Klang semakin meningkat namun masih terkawal setakat 9.23 pagi.

“Keadaan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) mula sesak di Plaza Tol Genting Sempah arah Timur.

“Di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara trafik perlahan dari Rawang ke Bukit Beruntung,Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah, Skudai ke Kulai, dan Machap ke Ayer Hitam.

“Terdapat maklumat awal kemalangan di kilometer (KM) 76.0 selepas Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar,” menurut hantaran itu hari ini.

LLM berkata Lebuhraya PLUS arah Selatan turut mengalami peningkatan jumlah kenderaan antaranya di Putra Mahkota ke Bandar Ainsdale dan Johor Bahru ke Woodlands, sesak di kedua-dua arah.

Katanya, Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) sesak dari Tuas ke Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah Utara sesak di Putrajaya ke Bandar Saujana Putra dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) sesak dari Puchong Utama ke Puchong Intan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top