Bukan Kurap, Ketiak Kak KM Kemerahan Lepas Cuba Produk Tiruan

Bukan Kurap, Ketiak Kak KM Kemerahan Lepas Cuba Produk Tiruan

Gambar percutian usahawan sensasi Kak KM atau Liana Rosli menjadi perhatian apabila ramai yang mempersoalkan ketiaknya kelihatan kemerahan seperti kurap.

Memetik mStar Online, Kak KM menjelaskan kulit di bahagian ketiaknya menjadi mereka dan seolah terbakar selepas mencuba produk tiruan yang dijual menggunakan namanya.

BACA: “Mukanya Bersih, Seolah Tiada Dosa..” – Kak KM Nak Menangis Jumpa Ustazah Asma

“Itu bukan kurap. Kulit saya memang elok sebelum ini, cuma hari itu saya cuba pakai produk saya yang dijual secara tiruan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Saya beli dan guna sendiri untuk pastikan ia selamat atau tidak sebab pernah viral sebelum ini,” katanya.

Menurut Kak KM lagi, selepas dia mencuba produk berkenaan kulitnya mengalami kemerahan dan keadaan bertambah teruk apabila dia mandi laut.

“Memang teruk kesannya pada kulit. Keadaan kulit itu jadi lebih teruk bila saya mandi laut semasa bercuti. 

“Sebab itu saya selalu ingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan jangan beli produk tiruan kerana ia boleh merosakkan kulit,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM berkata masalah kulit dialaminya sudah berlarutan selama beberapa bulan, namun kini semakin beransur pulih.

“Sudah beberapa bulan, tapi masih belum pulih sepenuhnya,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top