Oh! Islam
Ustaz Wadi tegur trend persiapan raya awal sebelum Ramadan dan ingatkan umat Islam agar utamakan ibadah.
Baru je masuk Ramadan, tapi nampaknya suasana raya dah mula terasa di mana-mana. Ada yang dah sibuk beli baju, tempah kuih dan hias rumah seolah-olah Syawal tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Perkara ini turut menarik perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar yang menzahirkan rasa sedih apabila melihat fenomena persiapan raya awal yang dilihat seperti tidak menghargai kehadiran Ramadan sebagai bulan penuh kemuliaan.
Ustaz Wadi tegur tentang sikap terlalu awal beraya

Menerusi satu hantaran di Threads, beliau menegur segelintir umat Islam yang sudah mula sibuk membuat persiapan raya awal walaupun Ramadan masih belum bermula.
Ramadan belum pun tiba, tapi kita dah mula sibuk dengan persiapan hari raya.- Katanya.
Beliau turut mempersoalkan sama ada umat Islam berasa malu dengan sikap tersebut kerana seolah-olah tidak meraikan kedatangan bulan yang penuh keberkatan itu.
Tidakkah kita berasa malu pada Ramadan, tetamu kita yang mulia?- Katanya.
Jangan sampai persiapan raya atasi ibadah

Ustaz Wadi turut mengingatkan agar keterujaan membuat persiapan raya awal tidak sampai mengatasi persediaan rohani untuk menyambut Ramadan.
Menurutnya, keutamaan sepatutnya diberikan kepada ibadah, bukan kepada perkara yang bersifat sambutan semata-mata.
Jangan sampai persiapan raya mengatasi persiapan ibadah.- Uarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan teguran tersebut dan menganggap ia sebagai peringatan bersama agar tidak leka dengan suasana raya lebih awal.
Namun, ada juga yang menjelaskan mereka membuat persiapan raya awal supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah sepanjang Ramadan tanpa perlu memikirkan hal lain.
Untuk makluman, umat Islam dijangka mula berpuasa pada 19 Februari 2026 dan diharapkan semua dapat menjalani Ramadan dengan lebih tenang sebelum menyambut Syawal nanti.
Pssttt! Ohmedia harap korang jadikan Ramadan sebagai masa untuk perbaiki diri dan tambah ibadah. Raya memang penting, tapi jangan sampai kita sibuk beraya sebelum sempat menghayati makna Ramadan sebenar.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




