Pelakon Zulin Aziz memaklumkan dia sudah sah bercerai dengan suaminya, Farhan Norzaini pada 18 Disember tahun lalu.
Memetik Kosmo, Zulin berkata dia memilih untuk memaklumkan mengenai perkara itu selepas dia selesai menjalani tempoh idah.
BACA: Zulin Aziz Lebih Gembira Ditegur Hamil Berbanding Gemuk
“Memang betul saya sudah bercerai sejak Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Tetapi saya tidak beritahu sesiapa sehinggalah tamat tempoh idah.
“Tetapi saya tahu lambat laun saya perlu beritahu juga kepada semua. Jadi waktu yang terbaik adalah selepas habis jalani tempoh idah,” katanya.
Sementara itu, Zulin enggan mendedahkan sebab dia mengambil keputusan untuk bercerai namun memaklumkan mereka berpisah secara baik.
Menurut Zulin lagi, dia menerima ketentuan Ilahi jodoh mereka setakat ini sahaja serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik buat mereka.
“Biarlah saya dan bekas suami sahaja yang tahu. Orang luar tidak perlu tahu tentang urusan rumah tangga kami yang terlalu peribadi untuk dikongsi.
“Apa yang saya boleh katakan kami berpisah secara baik dan tidak bermusuhan. Kami kekal berkawan. Hubungan kedua-dua belah keluarga juga masih baik.
“Cuma mungkin jodoh kami sahaja yang tidak panjang. Saya anggap ini adalah ketentuan Ilahi untuk kami. Tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai. Saya mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya.
Sumber: Kosmo




