Ridhuan Tee Tegur Pasangan Gen Z Bercium Di Tempat Awam

Ridhuan Tee Tegur Pasangan Gen Z Bercium Di Tempat Awam

Oh! Artis

Ridhuan Tee tegur trend Gen Z pamer kemesraan terbuka di media sosial hingga bercanggah nilai budaya dan agama.


Sejak kebelakangan ini, makin kerap kita nampak pasangan muda berkongsi momen intim secara terbuka di media sosial. Ada yang anggap perkara itu biasa, tapi tanpa sedar ia perbuatan yang sudah melampaui batas.

Perkara ini turut menarik perhatian pendakwah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee yang menyelar trend Gen Z pamer kemesraan secara terbuka sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Teguran terhadap trend keterlaluan di media sosial

3610185 2

Menurut Ridhuan, tindakan mempamerkan kemesraan tanpa batas bukan sahaja tidak selari dengan ajaran Islam, malah bercanggah dengan nilai akhlak serta budaya masyarakat Melayu yang terkenal dengan sifat sopan.

Beliau menegaskan bahawa walaupun pasangan itu sudah berkahwin dan hubungan mereka halal, adab tetap perlu dijaga terutama apabila melibatkan ruang awam.

Pada pasangan dah berkahwin, walaupun sudah halal tapi berpada-padalah, jaga adab dan akhlak. Tolonglah, tak usahlah buat perkara begitu. Lebih elok buat di tempat tertutup dan bukan di tempat awam sehingga boleh menimbulkan fitnah.- Katanya.

Ridhuan Tee bimbang normalisasi perkara tidak sesuai

1705470

Ridhuan turut meluahkan rasa kurang senang apabila ada segelintir anak muda seolah-olah menganggap perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang normal dan boleh diterima masyarakat.

Katanya, walaupun beliau bukan daripada generasi Gen Z, itu tidak bermakna semua perkara yang dilakukan golongan itu tidak boleh diterima, namun ada batas yang perlu dijaga.

Kalau tengok video tu rasa nak muntah tak? Saya mungkin bukan Gen Z, tapi ada perkara mereka buat kita boleh terima, ada juga tidak. Tanya mak, ayah dan adik-beradik dia.

Kalau mak ayah dia kata okey, tak tahu saya nak kata apa. Tapi saya percaya mak ayah dia akan cakap benda sama macam saya cakap.- Katanya.

Isu Gen Z pamer kemesraan ini menurutnya wajar dinilai semula kerana ia melibatkan soal maruah, adab dan persepsi masyarakat terhadap budaya kita sendiri.

Pssttt! Ohmedia harap korang fikir dulu sebelum kongsi apa saja di media sosial. Benda yang kita rasa biasa, belum tentu sesuai dipertontonkan kepada semua orang.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top