Positif dadah, tayar haus, pemandu bas ditahan

Positif dadah, tayar haus, pemandu bas ditahan

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Tindakan pemandu bas memandu dalam keadaan positif dadah dan tayar haus mengundang padah apabila dia ditahan dalam Ops Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) sempena Tahun Baru Cina di Terminal Bas Gombak, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, lelaki berusia 50 tahun itu memandu bas dari Putrajaya hendak ke Besut, Terengganu.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit mendapati tayar bas dalam keadaan haus.

“Ujian saringan air kencing ke atasnya oleh Agensi Antidadah Kebangsaan AADK juga didapati positif methamphetamine .

“Susulan itu, dia ditahan AADK untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, JPJ Kuala Lumpur sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top