Isu Gaduh Selesai! Kak KM & Kak Nona Kembali Berbaik, Ibu Luah Rasa Sebak – “Akhirnya Anak-Anak Ku Berpelukan”

Isu Gaduh Selesai! Kak KM & Kak Nona Kembali Berbaik, Ibu Luah Rasa Sebak – “Akhirnya Anak-Anak Ku Berpelukan”

Mengambil keberkatan bulan Ramadan, usawahan sensasi Kak KM dan kakaknya, Kak Nona atau nama sebenarnya Rose Azlin Rosli menyorot perhatian ramai apabila hubungan mereka kembali pulih.

Menerusi hantaran di media sosial, Kak KM sempat berkongsi momen menyentuh hati itu apabila Kak Nona hadir di kediamannya sebelum kedua-duanya gagal menahan sebak dan saling berpelukan.

“Allah maha besar. Terima kasih Ya Allah, syukur alhamdulillah,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, ibu mereka yang juga pelakon veteran, Normah Damanhuri kelihatan sebak melihat kedua anak-anaknya itu kembali berbaik setelah melalui fasa kontroversi sebelum ini.

Menurut Normah, dia bersyukur apabila dapat melihat kedua anaknya itu kembali berpelukan seperti kebiasaannya.

“Sykur alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah. Akhirnya anak -anak  ku kembali berpelukan seperti biasa.

“Kepada semua rakyat Malaysia yang telah mendoakan anak-anak Kak Normah bersatu kembali di bulan yang mulia ini, saya ucapkan banyak terima kasih dan semoga doa-doa yang baik akan kembali pada semua yang mendoakan. Selamat berpuasa semua,” luahnya.

Terdahulu, hubungan kedua-dua adik beradik itu hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan wujud perselisihan faham yang dipercayai berkait dengan urusan perniagaan mereka.

Namun, sebelum ini Kak KM menerusi kenyataan terbukanya pada sesi siaran langsung di TikTok menegaskan, dia sedia untuk berdamai dan tidak menyimpan dendam terhadap kakaknya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Pernah Rasa Rindu Atau Menyesal Cuma Tak Payah Jumpa” – Konflik Bersama Kak Nona, Kak KM Dedah Tak Pernah Anggap Kakak Kandung Musuh

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Mencanang Kemelut Rumah Tangga Kak Nona, Kak KM Luah Rasa Kecewa – “Jangan Petik Nama Saya”

ARTIKEL BERKAITAN:“Pernah Berbeza Pandangan, Tapi Bertemu Dengan Senyuman” – Ustazah Asma’ & Kak KM Pilih Hormat, Bukan Bermusuh

Scroll to Top