suharmin.yusuf@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan sebarang kaitan dengan poster bertajuk ‘New: Malaysia Passport & MyKad 2026’ yang kini tular di media sosial dan menyertakan laman web rasmi jabatan itu sebagai rujukan.
JIM dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil perhatian serius mengenai penyebaran poster itu dan menegaskan ia tidak dikeluarkan oleh pihaknya.
“Dimaklumkan bahawa poster tersebut bukan dikeluarkan oleh JIM dan kandungan serta maklumat yang disampaikan adalah tidak sahih serta tidak mewakili sebarang pengumuman rasmi JIM,” kata kenyataan itu, malam ini.
Dalam pada itu, JIM menasihatkan orang ramai supaya menyebarkan maklumat tidak sahih dan sentiasa merujuk saluran rasmi jabatan untuk mendapatkan maklumat tepat dan sahih mengenai pasport Malaysia atau sebarang pengumuman dasar.
“Sebarang perkembangan rasmi akan dimaklumkan melalui laman web serta platform media sosial rasmi Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




