Ismail menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap

Ismail menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap

am@hmetro.com.my

Seremban: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim di Istana Hinggap, di sini, hari ini.

Kereta yang membawa baginda dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 11 pagi.

Terdahulu, Ismail tiba dan memasuki istana pada jam 10.50 pagi.

Difahamkan sesi menghadap itu turut dihadiri Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid.

Sesi itu turut dihadiri Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.

Difahamkan sesi menghadap berkenaan berkaitan dengan krisis adat dan istana yang sedang melanda negeri itu termasuk penamatan khidmat 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

Baru-baru ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Ismail menghadap Tuanku Muhriz serta Undang Yang Empat bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut pentadbiran negeri itu.

Beliau turut meminta pertemuan dengan Tunku Besar Tampin, Datuk Shahbandar dan hierarki adat lain diadakan dengan mengambil kira Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, adat serta peraturan berkaitan.

Semalam, Polis Bukit Aman selesai mengambil keterangan 10 bekas EXCO Negeri Sembilan dan beberapa individu lain berhubung krisis takhta di negeri ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top