am@hmetro.com.my
Kuantan: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada waris lima sekeluarga yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub awal pagi tadi.
Baginda berdua turut menzahirkan dukacita di atas kejadian terbabit dan berharap seluruh ahli keluarga semua mangsa dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ketentuan dan takdir Allah SWT.
“Baginda berdua turut mendoakan agar roh kesemua mangsa yang meninggal dunia di dalam bulan Ramadan yang mulia ini dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba Allah yang dikasihi,” menerusi hantaran Fecebook Kesultanan Pahang, hari ini.
Pada awal pagi hari ini, dilaporkan lima sekeluarga iaitu daripada suami isteri dikenali sebagai Mohd Alawi Mohammad, 57, dan Zaleha Ibrahim, 45, serta tiga anak mereka Ruby Batrisya, 17, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azian Barizah, 9, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira 3.45 pagi.
Anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada 4.15 pagi dan operasi pemadaman kebakaran itu berjaya dikawal pada 4.48 pagi.
Kebakaran itu memusnahkan 100 peratus struktur rumah selain tiga kereta dan tiga motosikal turut terbakar.
- Pelajar MRSM Bentong antara yang maut dalam kebakaran lima sekeluarga
- Tiga mangsa ditemukan dalam bilik air
- Sedih pemergian 5 mangsa kebakaran
- Identiti 5 mangsa kebakaran di Ulu Dong dikenal pasti
- MB Pahang ucap takziah kepada keluarga lima mangsa kebakaran
- 5 sekeluarga ditemukan rentung di Raub
© New Straits Times Press (M) Bhd




