surayaroslan@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Sepuluh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan mencabar tindakan membatalkan pelantikan mereka yang diwartakan pada 24 September lalu, dengan memohon Mahkamah Tinggi Seremban mengisytiharkan pemecatan itu batal, tidak sah dan tidak berkuat kuasa.
Kesemua mereka selaku plaintif adalah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah selaku
Kesemua plaintif memfailkan Saman Pemula terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan sebagai defendan.
Saman pemula itu difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak pada 5 Oktober lalu.
Mereka antaranya mempersoalkan sama ada pelantikan EXCO, selain Menteri Besar, boleh dibatalkan melalui penarikan balik perkenan Yang di-Pertuan Besar secara bersendirian tanpa nasihat Menteri Besar.
Dalam permohonan itu, mereka memohon deklarasi bahawa pembatalan pelantikan yang diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Sembilan N.S. P.U. 18 bertarikh 24 September 2026 adalah batal, tidak sah dan tidak berkuat kuasa terhadap mereka.
Kesemua plaintif turut memohon supaya persoalan perlembagaan berhubung kuasa membatalkan pelantikan EXCO berkenaan diputuskan mahkamah.
Berita lanjut menyusul
© New Straits Times Press (M) Bhd




