Simpan Duit & Menang Emas, Agrobank Buat Ramai FOMO di Kota Kinabalu

Simpan Duit & Menang Emas, Agrobank Buat Ramai FOMO di Kota Kinabalu

Kalau sebelum ni ramai anggap menabung tu benda “biasa-biasa”, nampaknya persepsi tu kena ubah.

Baru-baru ni, Agrobank tampil dengan dua kempen deposit yang bukan saja galakkan orang simpan duit, tapi siap tawarkan hadiah emas, wang tunai dan koleksi eksklusif yang memang boleh buat orang rasa, Rugi lah kalau tak join!

Agrobank secra rasminya melancarkan dua kempen ni di Kota Kinabalu dalam satu majlis khas yang disempurnakan oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif mereka, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, bersama Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

Pelancaran ini dibuat sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan disasarkan kepada masyarakat umum termasuk golongan kanak-kanak serta remaja.

Secara umumnya, dua kempen ini diperkenalkan untuk bantu bina tabiat simpanan yang lebih konsisten dalam kalangan rakyat Malaysia. Satu fokus kepada golongan dewasa yang ada simpanan besar, manakala satu lagi khas untuk generasi muda yang baru nak belajar urus duit sejak kecil.

Untuk golongan dewasa, Agrobank memperkenalkan kempen Mega Million 3.0: “Heng Heng Lai” yang berlangsung dari 15 Februari hingga 15 Mac 2026.

Melalui kempen ini, pelanggan yang meletakkan minimum RM50,000 dalam satu sijil deposit AgroPrimaS layak menyertai cabutan untuk memenangi kepingan emas eksklusif Agrobank seberat 10 gram. Seramai lapan pemenang akan dipilih.

Lebih menarik, korang juga boleh menambah peluang kemenangan dengan menggabungkan produk lain seperti takaful, penulisan wasiat, pembiayaan atau Ar-Rahnu. Lagi banyak penyertaan, lagi tinggi peluang untuk menang!

Dalam masa yang sama, Agrobank turut memberi perhatian serius kepada generasi muda melalui Kempen Generasi Muda yang sedang berlangsung sehingga 15 Februari 2027.

Kempen ini terbuka kepada kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun yang memiliki Akaun Simpanan AgroMuda-i PLUS.

Caranya pun mudah. Korang hanya perlu meningkatkan baki purata bulanan sebanyak RM100 untuk melayakkan diri menerima hadiah milestone. Setiap bulan, 80 pelanggan yang menyimpan simpanan tertinggi akan menerima figurin koleksi edisi terhad Agrobank.

Secara keseluruhan, seramai 960 pemenang bakal menerima hadiah sepanjang tempoh kempen.

Pada penghujung kempen pula, cabutan bertuah akan diadakan dengan hadiah wang tunai sehingga RM25,500. Simpan sikit-sikit, tapi peluang menang tetap besar!

Senang cerita, dua kempen yang diperkenalkan ini bukan sekadar tentang hadiah semata-mata. Ia lebih kepada usaha jangka panjang untuk ubah cara masyarakat melihat tabungan daripada sekadar simpan duit dalam akaun, kepada membina disiplin kewangan untuk masa depan.

Kalau selama ni rasa menabung tu membosankan, mungkin sekarang masa paling sesuai untuk mula. Mana tahu, simpan RM100 sebulan boleh dapat koleksi rare, atau simpan RM50,000 boleh balik dengan emas. Tak cuba, tak tahu!


Scroll to Top