Penyanyi dan komposer terkenal Ajai berpendapat kemunculan pempengaruh menghasilkan lagu raya bukan sesuatu yang perlu dipandang negatif.
Memetik mStar Online, Ajai berkata tiada undang-undang mereka dilarang membuat lagu raya dan ianya dilihat sebagai warna baru dalam industri muzik.
BACA: Hafiz Suip Imamkan Solat Jenazah Ibu, Ajai Terbang Ke Sarawak Beri Penghormatan
“Kekuatan lagu raya terletak pada melodinya. Jika melodinya kuat dan disokong dengan susunan muzik yang sesuai lagu itu tetap akan diterima.
“Generasi muda mungkin mahu menampilkan gaya mereka sendiri dalam meraikan Aidilfitri. Tiada undang-undang mengatakan pempengaruh tak boleh buat lagu. Mereka mencuba dan kita perlu hormati identiti seni masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Ajai turut mengingatkan dalam membuat lagu unsur budaya serta semangat Aidilfitri perlu ketengahkan.
“Walaupun ikut trend semasa, melodi dan bunyian mesti dekat dengan roh hari raya seperti paluan gendang, seruling serta ritma yang akrab dengan jiwa masyarakat kita,” katanya.




