PKR mahu dengar jawapan Rafizi sebelum ambil tindakan-Fuziah

PKR mahu dengar jawapan Rafizi sebelum ambil tindakan-Fuziah

KOTA BHARU: PKR akan mendengar jawapan balas daripada bekas timbalan presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung susulan kenyataan beliau untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) bukan dengan tiket parti itu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Setiuasaha Agungnya Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, ia disifatkan adil selepas parti memberikan ruang selama lima hari untuk menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan dikeluarkan pada 23 Februari lalu

“Kita (PKR) tidak akan mengambil tindakan terburu-buru sebalinya mahu mendengar penjelasan daripada Rafizi. Sebarang kenyataan akan dikeluarkan selepas Majlis Pimpinan Pusat PKR mengadakan mesyuarat pada 1 Mac ini.

“Setakat ini beliau (Rafizi) masih belum membalas surat tersebut yang telah dihantar itu,” katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh PKR kepada Rafizi.

Terdahulu, beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas mengadakan sesi Walkabout Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Peringkat Zon Timur di pekarangan Mydin Mall Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fuziah memberitahu, kenyataan yang dibuat oleh Rafizi itu bercanggah dengan perlembagaan parti iaitu Fasa 9.1 (c).

Fasal itu mengenai perlucutan keanggotaan berlaku dengan pengisytiharan ahli itu sendiri bahawa beliau keluar daripada parti.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Rafizi berhubung kenyataannya mengenai hasratnya mempertahankan kerusi Parlimennya pada PRU16, namun bukan dengan tiket parti itu.

Menerusi video dimuat naik di Facebook, Rafizi berkata, surat itu dikeluarkan oleh Fuziah.-UTUSAN

Scroll to Top