am@hmetro.com.my
Melaka: Kegiatan kumpulan samseng jalanan atau geng rempit sepanjang malam Ramadan di Jalan Paya Dalam – Tambak Paya, Ayer Molek, di sini, berakhir tragedi apabila tiga remaja maut awal pagi tadi.
Terdahulu, tular gambar memaparkan keadaan mangsa yang tercampak di atas jalan akibat kemalangan itu selain motosikal yang dinaiki mereka dilaporkan remuk teruk.
Menurut sumber, ketiga-tiga mangsa yang menunggang motosikal, termasuk seorang remaja perempuan dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan selepas siasatan lanjut dijalankan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




