Trending
Kelas Sekejap berkembang sebagai ekosistem pembelajaran berasaskan AI dengan lebih 15,000 pengguna berdaftar sejak dilancarkan pada Januari 2026.
Kelas Sekejap kini semakin berkembang daripada sekadar aplikasi pembelajaran Bahasa Inggeris kepada sebuah ekosistem pembelajaran berasaskan kecerdasan buatan (AI).
Platform ini kini merangkumi pendidikan sekolah, pembelajaran di tempat kerja, kandungan pendidikan serta pembelajaran berjenama.
Sejak dilancarkan pada 26 Januari 2026, Kelas Sekejap telah merekodkan lebih 15,000 pengguna berdaftar dan lebih 6,000 perbualan aktif dengan tutor AI.
AI bukan untuk gantikan guru

Menurut Pengasas Bersama dan CEO Kelas Sekejap, Isaac Tan, teknologi AI bukan bertujuan menggantikan guru.
Sebaliknya, AI digunakan untuk membantu melanjutkan proses pembelajaran di luar bilik darjah dan memberikan peluang kepada pengguna untuk terus berlatih pada bila-bila masa.
Pengasas bersama, Shahril Hamdan, pula melihat cabaran utama rakyat Malaysia dalam Bahasa Inggeris bukan semata-mata kerana kurang pengetahuan.
Sebaliknya, ramai yang takut melakukan kesilapan ketika bercakap atau menulis.
Kelas Sekejap cuba menyediakan ruang yang lebih selesa untuk pengguna berlatih tanpa rasa malu atau takut dihakimi.
Sementara itu, Khairy Jamaluddin berpandangan kewujudan AI menjadikan peranan guru semakin penting.
Menurutnya, pendidikan bukan sekadar mendapatkan jawapan, tetapi turut melibatkan pembentukan pemikiran kritikal dan kemampuan seseorang menilai maklumat.
Kelas Sekejap kini ada kelas SPM dan pembelajaran AI untuk syarikat

Kelas Sekejap turut memperluaskan perkhidmatannya menerusi Kelas SPM untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5.
Selain itu, platform tersebut menawarkan penyelesaian pembelajaran berasaskan AI untuk syarikat serta kandungan pendek berkaitan bahasa, kerjaya, kewangan dan kehidupan seharian.
Mereka turut memperkenalkan Branded Learning, yang membolehkan jenama terlibat dalam pengalaman pembelajaran menerusi kandungan pendidikan serta ganjaran selepas pengguna mencapai sasaran pembelajaran.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

